BAGAIMANA UBAT HOMEOPATI BERTINDAK | Supplement & Herba Lose Weight In A Week
If You Ask Me What Slimming Product Which Effective? I Highly Recommend BOWTROL Because They Have 92% Positive Feedback!! Click Here!

Ad 468 X 60

Tuesday, 10 March 2015

Widgets

BAGAIMANA UBAT HOMEOPATI BERTINDAK

BAGAIMANA UBAT HOMEOPATI BERTINDAK

Prinsip yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur atau nama melayu "Prinsip Serasi" dan dos minimum. Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan moden. Perubatan moden berasaskan penyakit perlu ditentang, yakin apabila seseorang itu sakit, ia mesti diberi ubat untuk melawan sakit tersebut.
Ubat yang kuat diberi untuk menghalang laluan semulajadi tubuh ataupun melawan kuman yang hadir secara langsung. Homeopati pula mengutamakan sistem pertahanan semulajadi badan. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan. Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk ‘membuang’ penyakit.
Jika simptom ini disekat, tubuh tidak dapat menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Selain itu, sekatan yang berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak dapat mengatasi penyakit tanpa ‘campur tangan’ luaran. Dengan homeopati, bahan yang mencetuskan simptom yang sama seperti penyakit yang dihadapi akan merangsang sistem perlawanan penyakit dalam badan dan seterusnya proses pemulihan.
Inilah prinsip yang digunakan dan proses imunisasi dan ini diterima oleh doktor perubatan moden. Ubat homeopati akan meningkatkan antibodi badan yang menjadi rendah semasa sakit. Ia bertindak sebagai peneutral yang akan menghilangkan penyakit. Jika ubat yang kurang tepat diberi, pesakit akan sembuh tetapi mungkin memakan masa atau pun penyakit itu akan berulang pada masa lain.
Namun, jika ubat itu tepat, pemulihan sepenuhnya akan didapati dalam masa yang singkat. Penyakit itu pula tidak akan berulang. Di sinilah ahli homeopati itu perlu kemahiran yang tinggi. Semasa ubat disediakan, ahli homeopati akan mencairkannya secara bersiri dengan pepejal(biasanya laktosa) atau cecair(biasanya etanol).
Jika pepejal digunakan, ubat akan dihancurkan untuk membentuk campuran dngan pencair tersebut. Proses ini disebut pentrituratan. Jikalau ubat itu boleh dilarutkan, ia akan digoncang dengan kuat bersama etnol. Proses ini disebut goncangan dan larutan dinamakan potencies. Apabila proses pencairan(pentrituratan atau goncangan) dilakukan berulang kali, sudah tentu akan tiba masanya apabila hanya terlalu sedikit molekul ubat yang tinggal.
Jika diteliti Hukum Avogadro yang menyatakan satu mol bahan mengandungi 6.02 x1023 molekul, Kita dapat merumuskan setelah 1024 pencairan, tidak akan ada lagi molekul ubat yang tinggal dalam larutan tersebut.
Namun, kajian menunjukkan bahawa larutan tersebut masih mempunyai maklumat bahan asal tetapi dalam bentuk ‘tenaga’. Semakin cair larutan, semakin bertambah tenaganya. Ahli homeopati menerangkan bahawa bahan sebenar itu telah meninggalkan kesan kepada molekul pelarut. Kesimpulannya, ubat homeopati yang diberi kepada pesakit mengandungi kepekatan ubat yang rendah tetapi tenaga dalaman yang tinggi. Tenaga inilah yang merangsang pelbagai sistem bioenergetik tubuh. Walaubagaimanapun, oleh sebab tiada terdapat kajian saintifik yang dapat membuktikan fenomena ini, banyak doktor tidak dapat menerima teori ini.

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Bowtrol Users
Bowtrol Colon Cleanse Is The Best Slimming Product To Manage Your System Body! Seriously! More Info →

0 comments: